Monday, November 7, 2011

Dah lama...

Posted by yong sopiah at 5:12 AM 0 comments
dah lama x tulis apa2 kt sini...semenjak peristiwa 2..kini alhamdulillah..
aku mampu menarik nafas lega..terima kasih Ya Allah..atas segalanya..aku hanyalah insan yang lemah dan x berdaya. Terima Kasih ya Allah...membantu hambamu , mempermudahkan segala urusanku. ampunilah hambamu ini yang sering alpa serta lupa di waktu senang...ingat akanMu ketika susahku. Ampuni hambamu ini Ya allah.

Wednesday, May 18, 2011

renungan utk diri sendiri..

Posted by yong sopiah at 6:26 PM 0 comments

am i good enough?

Posted by yong sopiah at 6:18 PM 0 comments
kekadang terfikir...semua orang mahukan yang terbaik untuk diri sendiri..
perkataan baik itu terlalu abstrak bukan?
tertanya-tanya baikkah aku bila mahukan yang terbaik...?
adilkah diri ini atau sememangnya itu yang terbaik buat ku...sudah tertulis dan ditentukan olehNya.
Pasrah dan berserah dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku....
Perlukah ku turuti hati dan perasaan?...

Tuesday, May 10, 2011

pergilah duka...datanglah berita gembira...

Posted by yong sopiah at 5:59 AM 0 comments
sapa yg x sedih...saper yg x stress...saper yg x rasa sakit...
kekadang rs diri berada dalam dilema....namun ku gagahi jua...demi insan yang kusayangi...
ku kasihi...ku pilih derita untuk diri ini...biarlah dirimu bahagia...
namun....
jangan dirimu terburu2...dalam membuat keputusan..
bersabar ...jalan penyelesian yang terbaik....jika mmg takdirnya begitu....
pasrah dan berserah pada allah...ia lebih mengetahui segalanya...

Saturday, May 7, 2011

ya allah...kurniakanlah kesabaran yang tinggi pada hambamu...

Posted by yong sopiah at 2:55 AM 0 comments
dah lama tak jenguk2 kat sini...hidup makin bz ngan keje kat sek, keje kat utm and keje kat umah...tuhan nak menduga rupanya...dan terima kasih tuhan atas segalanya....

Thursday, February 3, 2011

alhamdulillah

Posted by yong sopiah at 10:20 PM 0 comments
kesyukuran di panjatkan padaMu...
hehehhe..a
hepi sgt2 sbb:
1. dapat angpow...
2. dapat shoping
3. jln x jem....
4. shoping complex x ramai orang...
5. boleh baring2 n rehat kat umah...

hahahhaha...best2...

Wednesday, February 2, 2011

Memagari diri

Posted by yong sopiah at 6:05 AM 0 comments
Salam.. nie nak share cara-cara memagari diri kita....insyallah tawakal kepada allah....


Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang adasupaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". (Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang Muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T.kepada mereka.

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Happy CNY

Posted by yong sopiah at 6:01 AM 0 comments
erm...bunga api mewarnai malam nie...berbunyi sana sini...meriah...sesekali rasa sayu je sebab ape ek?....hahaha...anak2 p bercuti...so tinggal sesorg ja...

bila sesorang nie lah macam2 dipikiran...orang lain dok seronok2 dengan family kita gak yang bersendirian....

boring main game..nak tido terganggu dek bunyi mercun n bunga api...
sekali sekala...hahahah...so sabar je lah....

nie saper2 berminat nak beli boleh ctc .... cepat ye sebelum kehabisan stok....




chow chin chow.....

kenali tulisan anda...

Posted by yong sopiah at 5:50 AM 0 comments
Salam...
baru2 nie dapat assgmt yg kena tulis tangan...hahahha...so cari2 la bahan2.. sambil2 tu terpikir ..may b pensyarah tu nak tgk tulisan kita...so kat sini beberapa tip yang nak di share ....

Rahsia Melalui Tulisan Oleh Dr Fadzilah Kamsah


Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

so mana satu tulisan korang ek?...hehehehe....
chow chin chowwwwwwwwwwwwwwww

Saturday, January 22, 2011

Lawak ptg sab2.....

Posted by yong sopiah at 1:53 AM 0 comments
baru pas bangun tido...kawan i kata..org kaya je leh tido ptg nie....hehehhe kaya masa...

yang lawaknya...adalah panggilan nie...ingatkan penting le sesgt...i pun pun angkat le telephone sebab dah terganggu mimpi indah ku di siang ari...

" may i speak to miss ......binti @....hangin satu badan...ayah i bukan nama @ tau....x de PR langsung....agaknya dia ni pakai skrip sbb masa ckp bahasa malaysia macam slow @ tergagap2 je..macam ketapi baru nak gerak....

tapi bila speaking english...macam baca skrip plak...laju nak mampus...yang i sempat tangkap mid valley je...

hahahah..terus i potong ckp dia...sbb dah tau apa maksud tersurat dan tersirat...so i ckp yg i not living in kl....hahahha...bila dia perbetulkan cakap i yg staying baru i terjaga....loh....hahahhaha...

so satu kemuskilan ...mana dia org dpt nbr phone i?....nasib baik i pakai 2 nbr.....hahahha...

so....renung2kn.....n pikir2 kn...

Friday, January 21, 2011

sape2 yg nak cuti sek boleh follow....utk di bawah KPM je tau...

Posted by yong sopiah at 10:22 PM 0 comments
Kump B nie untuk negeri2 yang hari hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad.)

Tahun Baru cina - 3 Februari (Khamis) dan 4 Februari (Jumaat) 2011
Tarikh cuti 31.1.2011(lsnin)
Cuti Berganti 22.1.2011(sabtu)- ganti dah hari nie...
1.2.2011(Selasa)
Cuti berganti 19.2.2011(Sabtu)
2.2.2011( Rabu)
Cuti Peristiwa Tak perlu ganti

Hari Raya Aidilfitri (31 Ogos dan l SePtember 2011)
cuti tambahan tidak perlu, kerana Hari Raya Aidilfitri jatuh dalam Cuti Pertengahan Penggal ke-2 iaitu dari 26.8.2011 hingga 3.9.2011

Deepavali - 26 oktober (Rabu) 2011
bercuti:24.10.2011 (lsnin)
Cuti Berganti 9.4.2011(sabtu)
25.10.2011(Selasa) Cuti Peristiwa Tidak Perlu ganti
27.10.2011(Khamis) Cuti Berganti
23.4.2011 (Sabtu)
28.10.2011(Jumaat)
Cuti Berganti 7.5.2011(sabtu)

Cuti tambahan ini hendaklah digantikan pada hari-hari Sabtu yang telah ditetapkan, walaupun bilangan hari persekolahan telah mencukupi atau melebihi minimum 190 hari.

kenapa dia yg dipersalahkan??

Posted by yong sopiah at 10:08 PM 0 comments
kesian hamba allah yang sorang nie...tapi x tau la betul ke idak cerita yang dibawa dari 1 mulut ke 1 mulut yang lain...takut kekadang yang bawak mulut nie lebih kuah dari sudu...

kekadang manusia nie mmg pandai bermain kata...bodek sana, bodek sini...yang susah nya orang yang x pandai nak bodek macam i nie...hehehe...

Thursday, January 20, 2011

my tupperware biz...

Posted by yong sopiah at 2:27 AM 0 comments
sesiapa berminat...boleh contact di 01963117988
nak jadi ahli rm 60 je....









cuti....cuti...

Posted by yong sopiah at 2:09 AM 0 comments
alhamdulillah....hari nie dapat berehat sebentar...kalo x berkejar2an nak g kuliah....hari nie birthday adham. liekan dia kek kesukaan...tadi wak2 makan x berapa umh...mayb kena letak lama sikit dalam peti sejuk...

nie dah lama letak dlm peti...kesedapannya...hingga menjilat sudu...

Sunday, January 16, 2011

kenapa kaum hawa jadi mangsa?

Posted by yong sopiah at 2:27 AM 0 comments
sama ada percaya atau tidak itulah persoalan yang bermain di fikiran ku akhir-akhir ini...apa x nya. yg empunya diri sdr yg merasa....kenapa org perempuan terpaksa menanggung akibat selepas terjadinya perpisahan dalam sesuatu perkhawinan...

terutama sekali masalah kewangan....bukan ke semua itu dah jadi tanggung jawab org lelaki...@ suami..kenapa kami kaum hawa yang terpaksa berhempas pulas mencari nafkah untuk anak-anak....mana perginya tanggung jawab golongan adam nie...????????

jika tiada penguatkuasaan undang2 maka tertindaslah kami....menunggu dan terus menunggu...bagai mana nasib golongan kami yang mempunyai tanggungan yang ramai sedangkan golongan adam hanya boleh menyatakan duit gaji bulan2 pun dia sendiri tak cukup makan....????????????? so camna nak bgi nafkah anak2...?

camna pulak kalo golongan adam yg dah bercerai bertemu jodoh n berkahwin....? still tggungjawab tu di bahu anda @ kaum adam....sebelum anak2 berumur 18 thn...maka tanggungjawab mmberi nafkah masih di bahu anda?

entahlah....tepuk dada tanyalah iman....

Saturday, January 15, 2011

so buzy..???????????????

Posted by yong sopiah at 4:23 AM 0 comments
dah lama rupenya x singgah kat sini...banyak sgt keje yg perlu dibereskan... alhamdulillah dpt gak aku sambung belajar...so pg mengajar..ptg belajar...
mayb mula2 nie susah la sikit...insyallah nnti dah dapat sesuaikn diri...hilang le penat tu...

assigment pun dah mula....after ry cina kena bentang tajuk persepksi...erm...
moga2 allah membantu hambanya yang lemah lagi byk berbuat dosa ini...
 

WELCOME TO MY BLOG... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei